Tolong Jauhi Bisnes Berkonsepkan Money-Game!
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Info
NOTA* Saya tergerak untuk menerbitkan post ini setelah saya menjumpai sebuah lagi laman web yang menjalankan bisnes internet yang berkonsepkan ‘money-game’ ianya mirip seperti ID (Infinity Downline) baru-baru ini.
Bagi yang masih kurang jelas dengan bisnes berkonsepkan ‘money-game’ ini, saya sarankan anda untuk membaca post berkaitan perniagaan berkonsepkan ‘money-game’ ini di blog rasmi Ustaz Zaharuddin.

Jika anda bertanya kepada saya, laman web yang mana, pastinya saya tidak akan memberikan link url nya kepada anda.
Sebabnya?
Saya risau jika ada rakan-rakan yang akan ‘termakan’ pujukan dengan ayat-ayat hype yang digunakan oleh pihak mereka pada laman web mereka itu! Apa pula ayat-ayat hype ni? Adakah ia seperti ayat-ayat cinta? Hehehe..
Tidak! Bahkan ia lebih berbisa dan berbahaya daripada itu. Hype adalah sesuatu yang dilebih-lebihkan. Misalnya manfaat, faedah atau keuntungan yang diperolehi adalah amat besar dan tidak pernah anda bayangkan. Contoh ayat hype – jika anda sertai kami hari ini, anda hanya perlu cari tiga orang rakan dan pendapatan harian anda akan mencecah ribuan ringgit sejam. Sebulan kemudian anda sudah menjadi jutawan! Tidak percaya? Baik. Lihat bukti ini dan ini.
Hahaa.. kalaulah hidup ini semudah itu..
Salah satu elemen yang penting sekiranya anda menjumpai laman web yang menjanjikan pendapatan duit ‘riban-riban’ melalui internet ini adalah pertama dengan memastikan, adakah syarikatnya berdaftar dengan pihak SSM?
Kedua, adakah alamat serta lokasi syarikat diberikan pada laman web mereka? Nombor mana-mana individu yang boleh di hubungi jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan yang timbul?
Dan yang paling penting, adakah foto imej pemilik perniagaan tersebut di letakkan bersama dilaman web bisnes yang beliau jalankan?
Jika kesemua elemen ini ada pada laman web perniagaannya, maka anda tidak perlu berasa was-was untuk menyertainya.
TETAPI!
Anda perlu ingat, terdapat banyak perniagaan yang berdaftar dengan SSM pun terdedah untuk melakukan penipuan di internet. Maka, risiko untuk terlibat dengan perniagaan yang berkonsepkan ‘Game-Money’ ini masih ada dan peluang yang ada itu akan sentiasa digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memperdayakan anda.
Lantaran itu, saya ingin mencadangkan sebuah panduan yang mungkin dapat membantu untuk menentukan model bisnes internet apakah yang sesuai dan sah untuk anda cuba. Saya yakin dengan Panduan Jana Wang Online ini, anda tidak lagi terjebak atau tertipu dengan bisnes yang menawarkan keuntungan dari sumber ‘money-game’ ini.
P/s Katakan “Tak Nak!” pada bisnes berkonsepkan Money-Game..






musi 3rd September 2010 2:56 pm
Assalamualaikum.
Bernas hujah Tuan. Bila diteliti hujah Utz.Zaharuddin, saya setuju hukum hakamnya beliau yang arif. Unsur kekaburan dan kecurigaan wujud. hukumnya haram lah.
So teman pun dapatkan link Jana Wang Online, dah beli pun. Yalah untuk ilmu dan rujukan.
Artikel terkini daripada musi – Keluarga Sihat Anda Bahagia
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
September 3rd, 2010 at 4:58 pm
Wkslm wbt..
Tahniah tuan kerana sudah mulai membuka ruang kepada dunia online. Ia satu permulaan yang bagus. Tentang panduan tersebut, ia bukanlah membincangkan jenis-jenis scam atau penipuan di Internet tetapi lebih merupakan kepada senarai cara menjana pendapatan sebenar di Internet yang sebenar. Moga bermanfaat buat tuan ya..
[Balas]
hani 15th June 2011 5:01 am
cerita ni jujur dari saya
mulanya saya x pernah percaya program2 jutawan kt internet ni
maklumlah,banyak sgt penipuan sampai berpuluh-puluh ribu ringgit bile tgok tv
tu yg x berani nak join.then,masa tu saya nak beli alat cosmetik kt internet..malas nak g kedai..hehe
so,nak beli online jela..then,saya masuk kt blog akak sorg ni
ni link blog die http://babytomeimall.blogspot.com/ n terbaca pasal die join kelab jutawan
aq pn cam x percaya la. then aq klik kt link yg die ade kt blog die tu. aq x puas hati lg,aq email die n tanye pasal program kelab jutawan tu.
n die cakap cmni
‘On Jun 13, 2011 1:51 PM, ”Lina Baby” wrote:
testimoni KJ semua bukan direka…semua adalah testimoni sebenar
saya dah join start 16 mei 2011
komisen terkini saya dpt rm 2360
benda ni kena rajin dan sabar…saya tak boleh nak tetapkan brp tempoh u boleh dpt hasil..tp bergantung atas usaha dan kerajinan anda
then,aq pn google gk tentang program ni. semua yg aq baca ckp puas hati n yg bagusnye,ade yg membimbing. afta semua yg x puas hati tu terjawab,baru aq g bank in duit..
lps tu aq ajk bf aq join.afta die join,aq pn dpt komisyen.bile dh nampak duit masuk,barulah aq percaya kt kelab jutawan ni.
cerita ni aq x reka2. ni realiti.maybe ade kalangan korg ckp aq tipu. buat ape aq nk tipu. kalau aq tipu aq x dpt ape2 pn.dapat dosa ye r.ALLAH tu ade kt mana2.ingat tu.
eh ceramah agama pulak aq ni. haa. utk korg yg ada masalah wang,hutang etc..boleh klik link ni
http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=azraine
then,terpulang kt korang nk join ke x..kalau minat join.anda akan diberi tunjuk ajar oleh para ahli seperti mana mereka ajar saya.
oh ye.kelab jutawan ni ade no pendaftaran.kalau korg x percaya,korg boleh cari sendiri.kalo betul bile korg join korg kene tipu,pergila balai polis dgn bangganye.hehe.
Forum kelab Jutawan Telahpun mempunyai No. Pendaftaran….jika Ada Yang bertanya tentang Pendaftaran Perniagaan,inilah No. Pendaftaran tersebut: 002046530-W (Sujairi KJ Enterprise)..Selamat menjalankan Biz Kelab Jutawan tanpa Was-Was lagi!!!!!
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
June 15th, 2011 at 6:07 am
Selain komisyen daripada menaja bf, ada dapat komisyen lain lag tak? Boleh tunjukkan bukti?
[Balas]