21 . Aug . 2010

Squeeze Page: Satu Pengenalan Ringkas

tips kewangan motivasi dan kesihatan

NOTA* Simpan dalam ingatan selalu: squeeze page hanya mempunyai SATU matlamat sahaja iaitu menukarkan pelawat menjadi subscriber anda!

Secara kasar, squeeze page ialah laman web ringkas yang mengandungi ayat-ayat jualan (memujuk menjadi subscriber newsletter) dan web form (borang langganan ke dalam newsletter) anda. Lihat satu daripada contoh squeeze page ini. Anda akan lebih faham selepas ini.

 contoh squeeze page

Beberapa tahun yang lalu, menyertai mailing list merupakan perkara yang cukup mudah dilakukan oleh pengguna-pengguna internet. Mereka akan menyertai mana-mana mailing list yang menawarkan sesuatu yang menarik minat mereka. Mereka juga mempunyai banyak masa untuk membaca email-email tersebut kerana ketika itu internet bukan lagi sesuatu yang utama dalam kehidupan harian, bahkan ketika itu, emel SPAM belum berleluasa.

Dapatkan EMPAT eBook Terbaik Ini Secara Percuma Saja..

Bagaimanapun zaman telah berubah. Sekarang ini semua orang mempunyai urusan melalui emel setiap hari, maka bermula dari spam sehinggalah emel-emel lawak jenaka dan yang berkaitan dengan kerja dibaca setiap hari di Internet. Oleh sebab itu, pengguna-pengguna internet sekarang ini lebih bijak dan akan memilih untuk berdaftar atau subscribe newsletter yang tertentu sahaja.

Ini bermakna, tawaran newsletter ‘percuma’ anda itu adalah merupakan salah satu dari puluhan atau ratusan newsletter yang mereka terima setiap hari. Sekadar menulis ayat - ‘Percuma – Sign Up di Sini!’ tidak begitu berkesan lagi. Anda perlu memberikan sebab yang penting kenapa mereka mesti subscribe newsletter anda. Anda mesti berusaha untuk mempengaruhi mereka supaya menyertai list anda.

Squeeze Page anda mesti dicipta untuk memberikan sesuatu informasi kepada pembaca sebagai pertukaran dengan maklumat peribadi (nama dan emel) dan masa mereka bagi membolehkan mereka menerima dan membaca emel susulan atau newsletter anda. Untuk itu, anda perlu menghasilkan surat jualan seolah-olah anda menjual pendaftaran atau subscription yang membolehkan mereka menerima newsletter anda dengan harga RM100 atau bahkan lebih lagi.

P/s Penukaran pelawat yang menjadi subscriber itulah yang dipanggil sebagai conversion rate.

Diharapkan anda mendapat manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Membeli Belah Barangan Wanita Secara Online <--

Mahu sentiasa mengetahui post terkini kami? Kalau begitu, kami akan hantarkan melalui emel! Masukkan emel anda di bawah dan klik hantar. Nanti jangan lupa periksa inbox emel anda dan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami hantarkan. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

2 Komen Untuk – Squeeze Page: Satu Pengenalan Ringkas
  1. BroZooL 18th April 2011 1:50 am

    Bro,nak tanya sikit, apa beza Squeeze Page dengan Landing Page? Kedua2nya untuk tujuan promosi kan?
    Artikel terkini daripada BroZooL – Sekadar Hiburan Hujung Minggu !

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Squeeze page ialah untuk meletakkan borang opt-in (autoresponder) untuk produk A. Ianya adalah laman untuk mengumpul list. Pada lain kali kita boleh promosikan melalui emel kepada list ini tentang landing page A. Landing page ialah laman jualan produk sebenar produk A. :)

    [Balas]

CommentLuv badge