Saya Juga Punya Impian..
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Motivasi
NOTA* Post kali ini sedikit beremosi. Inilah yang saya lalui semasa menghasilkan buku Wang Tersembunyi setahun lalu. Saya menyiapkan buku tersebut dalam jangkamasa yang agak lama juga, sekitar 8 bulan dengan diiringi pelbagai rintangan. Buku itu adalah salah satu daripada impian saya..

Ada yang berpendapat bercakap lebih mudah. Semudah bernafas. Lidah tidak bertulang. Cakap memang senanglah. Melakukan apa yang diperkatakan barulah merupakan ujian sebenar. Walaupun saya seorang pekerja tetap untuk sebuah majikan tapi saya juga adalah seorang ejen bebas (melakukan kerja untuk beberapa majikan). Apalagi oleh kerana saya masih belum berkeluarga, pasti boleh menikmati lebih sedikit. Pergi kemana-mana. Berbelanja semahunya. Bersuka ria. Membeli apa saja yang diinginkan. Menikmati kebanyakkan keseronokan. Bergaya dan berlibur. Bersenang-senang. (Sudah tentu saya juga pernah melakukan sebahagian daripadanya malah dengan agak keterlaluan dan ekstrem. Dan seperti anak muda yang lain juga, saya belajar daripada kesilapan itu.). Kini sebaliknya terjadi..
Jauh di sudut hati, saya ada sebuah impian. Secerah matahari pagi. Seterang Bintang Timur. Malah impian itu sebenarnya terletak bersebelahan dengan Bintang Kejora. Cuma saja destinasinya yang masih agak jauh. Tapi kenapa pula bintang? Bukankan itu terlalu tinggi? Mudah saja. Sebabnya kalau tinggi tentulah jadi bintang, kalau rendah pula masih jadi intan. Bahkan semasa jatuh pun sudah menjadi cirit bintang.
Jadi saya lakukan semua yang sepatutnya untuk mengapai impian itu. Apa saja yang seharusnya. Saya kurang berbelanja. Berusaha sedaya upaya agar dapat menyimpan lebih. Kurang berpeleseran. Kurang berparti. Belajar pelbagai pengetahuan bersungguh-sungguh. Melakukan banyak kerja. Mengelakkan banyak perkara. Melakukan penyelidikan. Bertanya pelbagai soalan. Mencuba berkali-kali. Sampai saat ini pun saya masih selalu gagal dan menang. Silih berganti. Itu bermaksud saya perlu memperbaiki beberapa perkara. Itu juga bermaksud saya mesti belajar beberapa perkara lagi.
Sekali pandang, bilik saya seolah sesak dipenuhi pelbagai buku namun agak lapang sebenarnya kerana apa yang ada hanya sebuah almari, alat dandanan diri yang minimum dan beberapa helai pakaian. Kenderaan saya cuma buatan tempatan dan tidak diubahsuai. Itu sahaja yang saya miliki. Berkenaan kad kredit, sementara ini memang saya belum mempunyainya. Kalau kad debit, iya ada.
Anda cubalah belajar memiliki impian sendiri. Impikan sesuatu yang besar. Lama dahulu kesemua perkara berikut hanya mimpi-mimpi indah. Bebas di awan umpama burung. Ingin menyentuh bulan. Matahari di waktu malam. Akan tetapi kerana impianlah kita boleh terbang, lebih tinggi daripada burung-burung itu. Kerana impianlah kita mampu bukan hanya setakat menyentuh, tapi berjalan kaki di bulan. Kerana impianlah malam kita diterangi cahaya lampu yang berwarna warni. Dengan berimpian anda akan menjadi versi diri anda yang lebih baik. Anda akan lebih bernyawa. Hidup akan terasa lebih bererti. Lebih bersemangat. Lebih bertenaga. Lebih rajin. Bangun lebih awal. Lebih menepati janji. Berusaha gigih dan anda akan membesar menjadi manusia..
P/s Saya ada satu lagi impian lain. Impian yang jauh lebih BESAR.. Saya tahu ianya sukar dan cukup mencabar. Maka saya cuba persiapkan diri dari masa ke semasa menghadapi cabaran-cabaran itu. Lagipun apalah maknanya hidup kita tanpa impian?!





musi 22nd August 2010 5:41 am
Salam manis.
Agar selalu sejahtra.
Motivasi ini cukup membakar semangat dan menanam azam tinggi ke angkasa lepas dan sedalam magnet bumi. Agan-angan juga impian, sesiapa tak berangan2 dia ..susah nak cakap le. Buat angan2 yang besar tinggi namun logik ikuti azam kental ,pasti berjaya. Bersabar tunggu masenye.
Artikel terkini daripada musi – TERSEPIT
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
August 22nd, 2010 at 11:05 am
Sahabatku tuan Musi..
Ramai orang memandang serong pada angan-angan. Tetapi memandang tinggi pada impian. Sebabnya mudah.
Angan-angan adalah cita-cita yang kabur dan terlalu tinggi, tidak disusuli usaha dan tiada perancangan ke arah pencapaiannya. Sebaliknya dengan impian. Jadi saya amat suka berimpian.
Bak kata ramai jutawan hebat;
‘Kalau anda berimpian, impikan sesuatu yang BESAR!’
[Balas]
musi 22nd August 2010 2:00 pm
Betul tuan!
Impian tu memang educated la, impian ade matlamat dan garapannye. Angan2 bahasa kampung je, kabur dan hilang. Cuma saya cakap untuk kekawan yang suka pasang angan2 yang mesti dibuktikan keazaman untuk capai angan2 tinggi melangit tu, hasilnya sampai ke awan pun kira ok tu. Untuk teman2 Impian adalah tepat dalam perbincangan ini. Ok, T.Kasih.
Artikel terkini daripada musi – TERSEPIT
[Balas]