16 . Aug . 2010

Pecahan Gaji: Perbelanjaan (70%)

tips kewangan motivasi dan kesihatan

SECARA kasarnya, inilah jumlah yang boleh dibelanjakan dari wang pendapatan anda setiap bulan. Sayugianya diingatkan sekali lagi, selepas sahaja anda mendapat gaji, keluarkan 30% untuk simpanan dan apa yang ada dari baki akaun gaji anda ialah baki 70% yang anda boleh belanjakan sepanjang bulan tersebut.

 pengurusan perbelanjaan

Umumnya dalam 70% gaji ni ianya di bahagikan kepada 2 bahagian am iaitu;

•           Perbelanjaan tetap (fix expenses)

•           Perbelanjaan boleh ubah (adjustable expenses)

Muaturun Beberapa eBook Di Ruangan Percuma Kami!

Dua bahagian inilah yang akan menetukan dalam kategori mana anda berada, sama ada dalam kategori “excessive state”, “equilibrium state” atau pun “deficit state”. Sila rujuk semula artikel ini jika anda terlupa mengenainya.

Secara kasarnya saya masukkan beberapa perbelanjaan secara specific yang termasuk dalam kadua-dua kategori. Untuk perbelanjaan tetap, anda tidak ada banyak pilihan melainkan membuat satu bahagian tetap dalam gaji anda bagi menampung perbelanjaan tersebut.

Anda ada sedikit ruang untuk mengurangkan perbelanjaan tersebut terutama dibahagian bil yang mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan bil elektrik dan air mahupun bil telefon. Tetapi secara kasarnya, itu adalah perbelanjaan tetap yang perlu anda langsaikan.

Perbelanjaan boleh-ubah mencakupi expenses anda dalam kegunaan harian, peribadi, kenderaan, hiburan dan perbelanjaan lain. Sekiranya anda mendapati diri anda berada dalam keadaan “equilibrium state” atau lebih-lebih lagi “deficit state”, anda harus mengawal semua perbelanjaan di bawah kategori boleh-ubah ini. Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan.

P/s Saya akan cerakinkan secara kasar bagaimana anda boleh berjimat melalui sub-kategori dalam perbelanjaan boleh-ubah ini pada satu post lain nanti.

Diharapkan anda mendapat manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Membeli Belah Barangan Wanita Secara Online <--

Mahu sentiasa mengetahui post terkini kami? Kalau begitu, kami akan hantarkan melalui emel! Masukkan emel anda di bawah dan klik hantar. Nanti jangan lupa periksa inbox emel anda dan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami hantarkan. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

6 Komen Untuk – Pecahan Gaji: Perbelanjaan (70%)
  1. musi 16th August 2010 3:29 pm

    Salam ;
    Formula ini cukup cantik dan ampuh. Nampak je gitu-gitu, namun manfaatnya boleh memberikan pulangan yang luar biasa kepada pengamal yang serius dan istiqomah. Khusus 30% simpanan tetap ini sekiranya dilaburkan, selama 10 th , 20 th bayangkan jika pelaburan yang produktif lagi pesat.
    Mengapa teman kata macam tu ?
    Cuba rakan-rakan rujuk kembali formula ‘the riches man in babylon’ ianya menabung sekitar 10% je dan begitu dalam versi buku yang lain pun sama. Tahniah kepada yang telah melakukannya termasuk Tuan Julmazli. Artikel tuan memang mendidik masyarakat ke misi dan visi yang besar. Teruskan mencurah mesej-mesej yang bagus dan bermutu.
    Kami dahaga menuggu!
    Artikel terkini daripada musi – MoneyBuzzOnline- Make money blogging

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Salam tuan Musi..
    Tidak ada masalah dengan formula 10%/90% seperti yang disentuh dalam buku The Riches Man in Babylon itu.
    Cuma untuk siri ‘Tip Kewangan’ yang saya paparkan dari masa ke semasa di blog ini, saya gunakan model 30%/70%.. Ia sedikit mencabar dan memerlukan disiplin yang lebih tinggi lagi. Bagaimanapun ia salah satu daripada jalan terpantas yang akan membawa kita ke arah matlamat kebebasan kewangan. :)

    [Balas]

    hani Reply:

    salam…
    masalahnya bagaimana dengan perbelanjaan yg dah terover.tak dpt pun nak simpan langsung.negetif lagi..
    bila cuba bisnes internet pun tak jadi jugak..
    bagaimana cara nak bermula
    tq

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Ini memang kena bermula semulalah nampaknya. Perbaiki asas kewangan termasuk penggunaan wang dalam kehidupan seharian.

    Ada pelanggan saya yang hampir tidak boleh bangun semula. Dikelilingi hutang dan gaji negatif. Kekuatan semangat untuk berubah daripada tabiat perbelanjaan yang tidak perlu dan keinginan berubah amat diperlukan dalam hal ini. Alhamdulilah sedikit demi sedikit beliau dan keluarga sudah mulai dapat bernafas semula walaupun masih dalam kesempitan.

    [Balas]

  2. hani 12th August 2011 5:07 am

    masalah saya simpanan lama tuh ada.tp asyik keluar dan susah nak topup bila ada bisnes.bila kita ada keperluan utk tambah modal dengan menyimpan,mana yg patut di dahulukan,sedangkan kita perlu utk tambah modal tersebut..
    tq

    [Balas]

  3. hani 12th August 2011 5:12 am

    katakan baki kita tinggal skit sahaja,adakah kita patut simpan jugak @gunakan semuanya..dan apakah langkah2 yg perlu kita ambik utk baiki kewangan kita itu..tq

    [Balas]

CommentLuv badge