Mitos Untuk ‘Menjadi Usahawan Berjaya’
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Motivasi
Kadangkala di dalam diri kita seakan-akan tertanam satu ‘fakta’ yang kita jadikan kepercayaan dan sukar untuk kita ubah. Hakikatnya anda sendiri tidak tahu bagaimana kepercayaan ini boleh tertanam dan berakar umbi di dalam pemikiran diri anda. Hal ini terjadi di dalam bidang perniagaan. ‘Fakta’ itulah yang dipanggil sebagai mitos, yang belum tentu kebenarannya – mitos untuk menjadi usahawan berjaya.

Nothing fails like success because we don’t learn from it. We learn only from failure.
-Kenneth Boulding-
Cuba anda baca dan beritahu saya kenyataan manakah yang ‘SALAH’ mengenai bidang perniagaan :
1. Anda perlu bijak ‘tipu’ pelanggan
2. Anda perlukan modal wang yang banyak
3. Anda perlu tebalkan muka dan pakar di dalam selok belok kejurujualan
4. Anda ‘yakin’ terdapat rahsia yang boleh membuatkan anda berjaya
5. Anda rasakan bahawa peluang perniagaan dan membuat wang telah dibolot oleh orang-orang tertentu.
6. Anda telah cuba sekali, dan gagal dan membuat kesimpulan peribadi bahawa perniagaan adalah sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan.
7. Anda merasakan menjadi kaya tidak digalakkan mengikut ajaran agama
8. Anda merasakan kemiskinan selalunya memberi erti kebahagiaan
9. Anda merasakan apalah erti kekayaan tanpa kebahagiaan
10. Anda merasakan keusahawanan adalah bukan sifat semulajadi anda sebagai manusia
Apakah jawapan anda?
P/s Sebenarnya ke semua kenyataan di atas adalah salah.






musi 23rd August 2010 9:31 am
Salam Mesra Tuan Julmazli.
Teman pilih 2,3,n 4 je. Yg lain rasenye teman tak nak guna dulu, kemudian tak tau le. Pengasas KFC memulakan biznesnya pada umur 65 th, 7 tahun setelah itu berjaya dan beliau menjadi jutawan. Umur juga bukan faktor kejayaan. Mohon tunjuk ajar tuan, T . Kasih.
Artikel terkini daripada musi – TOKOH GERAKAN NAMUN HIDUP SEDERHANA
[Balas]