21 . Jun . 2010

Manfaat Pemasaran Emel Terhadap Perniagaan Anda

tips kewangan motivasi dan kesihatan

NOTA* Artikel ini ditulis untuk mereka yang berminat membina jenama dan perniagaan sebenar di Internet.

Abad ke-20 telah menyaksikan kelahiran teknologi baru dan salah satu daripadanya ialah Internet yang kita gunakan sekarang. Revolusi Internet telah membuka jalan komunikasi yang lebih canggih dan merintis laluan untuk strategi pemasaran emel.

panduan pemasaran emel

Pemasaran emel telah menjadi salah satu strategi paling inovatif yang disediakan oleh Internet sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Direct Marketing Association (DMA), 2 per 3 syarikat-syarikat besar mengakui keuntungan yang diperolehi meningkat setelah mereka mula menggunakan pemasaran emel dan 63% dari mereka bersetuju teknik pemasaran emel adalah teknik terbaik untuk mengekalkan hubungan dengan para pelanggan.

Pemasaran emel yang disasarkan (targeted email marketing) ialah satu cara yang paling berkesan yang digunakan oleh para pemilik bisnes untuk menyebarkan maklumat tentang produk atau servis mereka kepada orang ramai. Manakala maksud ‘pemasaran emel yang disasarkan’ pula ialah emel-emel yang dihantar oleh seorang pemilik bisnes kepada pasaran yang menjadi sasaran promosi produk atau servisnya.

 

Kelebihan-kelebihan Pemasaran Emel;

1. Prospek yang disasarkan tepat.

Tawaran yang anda lakukan akan sampai kepada prospek yang sudah mempunyai minat terhadap maklumat yang anda miliki. Ini dilakukan dengan mengumpul alamat emel prospek yang berminat dengan produk atau perkhidmatan anda dengan kaedah tertentu secara yang sah.

2. Penjimatan kos.

Dapatkan EMPAT eBook Terbaik Ini Secara Percuma Saja..

Berbanding dengan lain-lain method pemasaran terus (direct marketing), pemasaran emel benar-benar lebih murah.

3. Cepat dan berkesan.

Teknik pemasaran yang konvensional seperti surat-menyurat, mengambil masa yang panjang. Anda perlu menunggu beberapa bulan yang seterusnya untuk mendapatkan pengesahan daripada penerima. Dalam permit atau pemasaran emel ‘opt-in’, promosi dapat dilakukan setelah beberapa hari prospek mendaftar untuk senarai emel anda.

4. Kadar respon adalah tinggi.

Secara umumnya, keizinan atau kempen emel ‘opt-in’ membawa kepada kadar respon yang tinggi berbanding dengan iklan promosi terus secara tradisional atau lain-lain jenis promosi dan pengiklanan online.

Tidak seperti laman web yang mana para pengguna perlu ingat alamat laman web yang ingin dikunjungi, ezine emel atau newsletter tiba ke ‘pangkuan’ prospek anda tanpa memerlukan mereka mengambil apa-apa tindakan. Dari masa ke semasa, proses ini akan mendidik pelanggan anda tentang produk atau servis yang anda tawarkan sekaligus akan menjadikan anda pilihan mereka sebagai penyedia maklumat yang mereka ingini.

Bahan-bahan yang boleh dimuaturun seperti eBook boleh diakses dengan seberapa segera. Sebagai contoh, apabila anda menawarkan kepada prospek sebuah ebook yang mengandungi maklumat yang berguna, prospek hanya perlu melayari laman web anda, klik link ke ‘landing page’ anda dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan kemudian eBook yang disediakan itu sudah boleh dimuaturun oleh mereka.

5. Emel boleh melakukan tugas-tugas tertentu secara automatik.

Autoresponder memainkan peranan penting dalam hal ini dan merupakan alat yang praktikal dan murah. Ianya boleh ditetapkan untuk berfungsi secara ‘auto-pilot’ bagi menghantar mesej-mesej yang anda sediakan kepada para prospek anda. Autoresponder juga menghantar emel secara automatik kepada sesiapa sahaja yang menghantar emel kepada anda yang berkaitan dengan produk atau servis yang anda sediakan.

Dua perkara yang harus anda ingat. Pertama, bilangan pengguna Internet di Malaysia makin bertambah setiap hari. Peningkatan pada setiap tahun amat-amat ketara. Perkara penting kedua, hari ini kebanyakan orang mempunyai akaun emel masing-masing dan setiap hari mereka akan meluangkan masa untuk menyemak akaun emel mereka. Ini telah membuka peluang promosi kepada para pemilik bisnes seperti anda. Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh anda sebagai pengusaha ialah menghantar emel promosi produk atau servis anda kepada para pelanggan seperti ini dengan menggunakan strategi Pemasaran emel yang disasarkan atau Targeted Email Marketing!

P/s Bila lagi anda mahu mengambil kesempatan ini?

Diharap anda beroleh sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Mencari Tudung Bawal, Thai Silk Dan Awning Paling Cantik? <--

Mungkin ini adalah kali terakhir anda ke sini. Jadi sebelum meninggalkan blog ini, sertailah komuniti pembaca kami. Anda akan selalu dikirimkan dengan artikel terbaru dan tidak akan pernah ketinggalan. Isikan emel anda di bawah dan jangan lupa sahkan 'Link Pengesahan Langganan' yang dihantar..

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

CommentLuv badge