19 . Jul . 2010

Lentera Untuk Bakal Jutawan

tips kewangan motivasi dan kesihatan

LENTERA Untuk Bakal Jutawan

Buku yang bakal menjadi bestseller 2010 ini kini sudah berada di pasaran..

lentera untuk bakal jutawan

**************

Apa kata mereka mengenai buku ini..

“Saya telah banyak berjumpa dengan individu-individu yang meraih pendapatan tinggi, namun setelah bertahun-tahun mereka bekerja keras, wang dalam akaun bank mereka masih sedikit. Malahan, mereka lebih banyak berhutang dengan syarikat kad kredit, bank, dan ada juga dengan ‘Ah Long’. Saya percaya, sesiapa sahaja yang ingin menjadi jutawan patut membaca buku yang ditulis Julmazli ini. Ini kerana, harga yang perlu dibayar untuk pengabaian cara menyimpan dan mengurus hasil pendapatan ialah anda tidak akan menjadi seorang jutawan!”

Billi Lim

Jutawan Berani Gagal
Penulis Buku Best-seller Dare To Fail
www.daretofail.com

**************

“Susunan ayat-ayat dalam buku ini sungguh indah, terancang, penuh hikmah, bersahaja dan menyeronokkan apabila dibaca. Ia diselangi pengalaman penulis sendiri yang pasti membuatkan anda menikmati setiap ayat demi ayat di dalam buku ini. Yang pasti, anda akan melihat dunia kewangan daripada sudut pandangan sedikit berbeza, yang tiada dalam buku-buku lain…”

Mohd Zulfadli Suddin

Usahawan Internet
www.SmartUsaha.com

**************

Boleh diperolehi di mana-mana kedai buku utama seluruh negara dengan harga Rm29.90 senaskah – sejumlah pelaburan yang lebih daripada berbaloi.

Download eBook Percuma Di Sini

Memuatkan koleksi artikel-artikel terbaik berkaitan wang yang belum pernah diterbitkan. Ia terdiri daripada sekumpulan idea-idea ringkas – tentunya tidak menyukarkan anda berfikir. Mengandungi cerita, panduan dan konsep mudah. Oleh kerana ianya ringkas, anda akan dapat memahaminya dengan senang dan dengan itu anda pasti mendapat kebaikan daripadanya. Memandangkan koleksi artikel ini kini diterbitkan melalui bukunya sendiri, maka ia didatangkan dalam bentuk asal. Dengan suntingan yang paling minimum. Jadi ianya adalah pendapat ikhlas dan tidak berat sebelah.

Buku ini dituliskan khusus kepada anda yang BELUM memulakan apa-apa pun. Juga untuk anda yang baru sahaja MAHU mengambil langkah.

Di dalamnya diceritakan halangan yang pasti anda hadapi sepanjang perjalanan memperbaiki diri. Termasuk tembok besi, rantai pemikiran, diri sendiri, sikap, kawan, pemusnah impian dan persaingan. Halangan yang pasti membelenggu pengembaraan ke arah kejayaan anda. Mengupas secara terperinci kesemua masalah yang berkaitan dengan wang. Melibatkan hutang, pelaburan, risiko, simpanan dan tentu sekali penjimatan.

Mahu atau tidak, suka atau benci, inilah alat yang akan anda gunakan  di sepanjang laluan tersebut – ‘wang’. Tidak menguasainya merupakan satu kesilapan, malah kesalahan paling besar yang akan mengagalkan rancangan dan tidak boleh dimaafkan pernah anda lakukan.

Buku ini amat sesuai untuk anda yang;

1. Baru mulai mengenali perkara-perkara berkaitan wang

2. Mencari buku kewangan yang tidak memeningkan kepala

3. Mahu buku yang memperkatakan mengenai wang dengan santai dan menarik

4. Ingin memahami diri sendiri dan wang dengan lebih baik

5. Meminati subjek kewangan (jadi ini satu lagi koleksi untuk simpanan anda)

6. Bakal jutawan yang sedang pesat meningkatkan kemahiran dan kebolehan

Lentera – sebenarnya lampu di dalam bekas kaca. Jadi buku ini merupakan lampu yang akan menerangi liku-liku gelap kewangan dan kesuraman motivasi diri. Ia wajib dimiliki oleh sesiapa jua yang ingin memperbaiki diri dan juga mempelajari cara mengatur kewangannya secara mudah dan santai. Agar suatu masa nanti anda akan menjadi bintang dalam bidang pilihan masing-masing kerana andalah bakal jutawan yang saya maksudkan!

 

P/s Jemput melihat preview isi kandungan dan pendahuluan buku ini melalui laman rasmi penerbit Truewealth Publishing – syarikat ini milik Azizi Ali (Speaker Kewangan No1 Malaysia dan juga merupakan seorang Jurulatih Jutawan). Atau melalui laman rasmi kedai buku online MPH ini.

Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Sedang Mencari Fesyen Baju Dan Tudung Muslimah Terkini? <--

Mahu membaca setiap artikel terkini kami melalui emel? Tiada masalah! Masukkan saja alamat emel anda di bawah dan klik hantar. Selepas itu, sahkan emel anda dengan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami kirim. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

13 Komen Untuk – Lentera Untuk Bakal Jutawan
  1. informasi kerjaya 19th July 2010 10:50 am

    wah .. bro jul dah keluarkan buku pulak .. tahniah ..
    Artikel terkini daripada informasi kerjaya – JAWATAN KOSONG DI KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR marsah

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Terima kasih bro..
    Sebenarnya ini adalah buku kedua saya. Buku pertama saya berjudul-Wang Tersembunyi. Jika sudi, bro boleh lihat preview di sini..
    http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=112

    [Balas]

    informasi kerjaya Reply:

    oh .. dah ada yang pertama..
    Artikel terkini daripada informasi kerjaya – JAWATAN KOSONG DI KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR marsah

    [Balas]

  2. Aida bte Abdullah 20th July 2010 2:17 am

    I WILL TRY TO GET/BUY THIS BOOK LATEST BY THIS WEEK.
    HOPE WITH ALL THE INFORMATION…IT WILL GIVE/ PROVIDE
    ME…ALL THE POINT OF VIEW…FROM YOUR GOODSELF.

    THANKS/AIDA.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    InsyaAllah Aida.. :)
    I put confidence in the new book. I was given the best of my knowledge about financial management that I have applied themselves in it. Hopefully it helps in your journey..

    [Balas]

  3. tokbatin 20th July 2010 2:30 am

    Salam hormat sahabatku Julmazli. Tahniah!Tahniah!Tahniah! Saudara memang “Lentera” yang menyinari bakal2 jutawan di Malaysia. Harapan saya agar “lentera” yang dinyalakan oleh sahabat tidak akan dipadam, tidak mudah dipadam dan terus setia menyalakan sinaran cahaya indahnya buat insan2 yang memerlukan. Harapan saya agar ramai sahabat2 yang lain turut sama menjaga dan menyokong “lentera” ini agar apinya nanti terus berkilau dan bersinar laksana matahari.
    Buku ini memang sesuai dengan keadaan sekarang yang ramai daripada kita (saya sendiri sebenarnya) yang menghadapi masalah kewangan tapi kadang-kala samada tiada maklumat, pengetahuan (sudah semestinya) atau memang malas nak fikir (buat sakit kepala)untuk kita keluar dari permasalahan yang membelenggu diri kita. Gaya bahasa yang mudah dan santai akan membuatkan kita lebih dekat untuk memahami maksud dan tujuannya. Biasalah manusia mana suka susah-susah ni…hehehe. Selamat maju jaya saudaraku. Jumpa Anda Di Langit Kejayaan!
    Artikel terkini daripada tokbatin – PUISI – KELIHATAN OLEHKU AKAN SEORANG TUA

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Salam hormat TokBatin.
    Terima kasih tok. Saya menyedari, kebanyakan buku berkaitan kewangan dan pelaburan adalah ditulis oleh ahli akademik. Jadi ianya terlalu ilmiah dan sukar dimengerti oleh orang-orang kebanyakan seperti kita. Namun oleh kerana buku ini ditulis oleh orang kebanyakan, maka ia cukup mudah dan ringan. :)

    [Balas]

    tokbatin Reply:

    Jangan merendah diri sahabatku Julmazli. Anda sebenarnya lebih bijak kerana memahami keadaan orang lain. Tidak semestinya kita ada bergulung-gulung ijazah bermakna kita tahu semuanya. Teruskan usaha murnimu sahabat demi kebaikan insan lain laksana “lentera”. Terima kasih.
    Artikel terkini daripada tokbatin – PUISI – KELIHATAN OLEHKU AKAN SEORANG TUA

    [Balas]

  4. redfar 21st July 2010 4:18 pm

    Tahniah bro!! semoga berjaya!!
    Artikel terkini daripada redfar – Kehancuran Program Reseller

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Thanks bro. Begitu juga dengan bro. Moga semakin sukses.. :)

    [Balas]

  5. cocon 22nd July 2010 5:15 am

    Salam,

    Saya baru membeli ‘permata baru’ en Julmazli dan dalam proses membaca setiap artikel yang terkandung di dalamnya, tahniah diucapkan dengan kelahiran ‘permata hati ‘yang baru ni, semoga terus berjaya di bidang penulisan…

    kalau boleh berkongsilah dengan saya nama buku yang telah memberi dan membakar semangat saudara Julmazli..

    terima kasih

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Terima kasih dan tahniah kerana sudah memiliki ‘Lentera Untuk Bakal Jutawan’. Saya doakan anda mendapat kebaikan daripadanya. Dan semoga manfaatnya menjadi lentera yang menyuluhi perjalanan kewangan anda. :)

    Ia bukanlah rahsia besar, buku yang saya maksudkan di dalam dalam bab pendahuluan itu ialah ‘Jutawan Dari Planet Jupiter’ tulisan tuan Azizi Ali.

    [Balas]

  6. [...] petikan daripada salah satu artikel yang terdapat di dalam buku terbaik saya setakat ini iaitu Lentera Untuk Bakal Jutawan. Moga memberikan sedikit semangat dan manfaat buat anda para subscriber dan pembaca yang saya [...]

CommentLuv badge