20 . Jul . 2010

Jenis-Jenis Post Di Blog

tips kewangan motivasi dan kesihatan

NOTA* Seperti yang anda lihat, post ini diterbitkan di bawah kategori suka-suka. Jadi janganlah begitu serius.. Enjoy!

jenis jenis post di blog

Post Malas

Biasanya post jenis ini dibuat dengan separuh hati sahaja. Anda banyak lagi kerja-kerja lain nak buat sebenarnya. Tapi oleh kerana disiplin diri yang tinggi (ehem ehem), anda pun menulislah juga sesuatu. Nak cari bahan cerita satu masalah, nak menaip lagilah masalah. Dengan pemeriksaan struktur ayat yang paling minimum anda terus menekan butang ‘publish’. Selepas menyedari beberapa kesalahan struktur ayat anda pun berkata; ‘hentam sajalah.. janji ada’.

Post Terburu-Buru

Anda nak cepat. Mungkin mahu kemana-mana atau harus menyiapkan tugasan lain yang jauh lebih penting. Idea tu ada. Rangka kasar post pun dah ada. Tapi tak cukup masa la pula. Anda menaip sepantas kilat. Tik..tak..tok.. publish! Ha ambik ko. Nak semak apa pun tak sempat. Post jenis inilah yang selalunya mempunyai banyak perkataan-perkataan baru yang boleh ditambah ke dalam Kamus Dewan. Selalu jadi ‘selalau’ atau bintang jadi ‘bintung’. Hahaa..

Post Suka-Suka

Hari itu fikiran kosong saja. Semua hal sudah selesai atau kalau ada pun tapi belum begitu mendesak. Anda rasa tenang, tenteram, relax dan kool saja. Anda pun menaip post yang terlintas di benak. Oleh kerana terlalu kool, post tersebut menjadi terlalu sejuk dan tidak mempunyai aura. Tajuk buah pisang tapi cerita sampai ke pembinaan jalan. Adei..

Download eBook Percuma Di Sini

Post Penuh Perasaan

Siapa yang jiwanya selalu stabil sila angkat tetikus anda! Walau kental dan fokus bagaimana sekalipun seseorang itu, akan ada masa-masanya situasi jiwa kacau itu melanda. Ada waktunya ‘dalam hati ada taman’ TAPI ada pula tikanya ‘dalam hati ada api’! Ia akan tergambar melalui penulisan post anda. Jadi sila kawal perasaan dan berhati-hati dalam pemilihan perkataan yang digunakan ya..

Post Duit

Ala.. Tak payah nak nafikanlah. Dalam sebulan atau dua bulan yang berlalu, tentu ada hari dimana kita terfikirkan duit dengan agak serius kan? Poket dan kering, minyak motor atau kereta sudah kurang daripada separuh. Post yang terlintas dan akan diterbitkan pada saat-saat seperti itu biasanya adalah review produk, eBook, program PPL atau mana-mana affiliate. Duit.. duit dimana kau duit.

Post Rajin

Inilah post yang terbaik sekali anda terbitkan di blog. Dalam mana-mana situasi yang kita lalui di atas pasti ada harinya dimana kita cukup bersemangat waja, berjiwa kental, rasional dan profesional. Ewah..

Post ini biasanya tidak ditulis sambil lewa atau semberono. Ia digarap dengan penuh teliti. Mesej yang jelas dan tujuan yang nyata. Anda tidak menulis yang penting asal ada. Setiap perkataan yang dipilih merupakan yang paling sesuai untuk menerangkan erti yang dimaksudkan. Biasanya ia adalah post berinformasi yang ikhlas untuk pembaca. Pada ketika itu, anda menulis bukan kerana nama.. Wahhhh!

P/s Saya mengaku, kerap kali post-post saya termasuk di dalam jenis kedua itu.. Hehee..

Kami alu-alukan komen anda di bawah dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Koleksi Shawl (Tudung Selendang) Terlaris 2012! <--

Baru pertama kali ke sini? Kami menggalakkan anda menyertai newsletter yang disediakan secara percuma agar anda tidak pernah terlepas perkembangan terkini blog ini. Isikan emel utama anda di bawah dan klik sertai. Nanti kami akan kirimkan emel yang mengandungi 'Link Pengesahan Langganan'. Jangan lupa sahkan ya..

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

7 Komen Untuk – Jenis-Jenis Post Di Blog
  1. Arra Jasmy 20th July 2010 9:09 am

    hurmm..jap nak fikir tapi post saye base on my mood..hehh.=p
    Artikel terkini daripada Arra Jasmy – Kenapa Lelaki semakin Dayus

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Oo.. Begitu. :)

    [Balas]

  2. zuriey 20th July 2010 8:48 am

    biasalah entry kita selalu dipengaruhi oleh emosi. kalau rajin, best lah jadinya. kalau dah nak cepat, tulis pe pun tak faham
    Artikel terkini daripada zuriey – First anniversary at the workplace

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Ulasan yang ringkas dan padat. :)

    [Balas]

  3. informasi kerjaya 20th July 2010 2:28 pm

    mungkin boleh tambah satu lagi .. post copy paste .. kekeke
    Artikel terkini daripada informasi kerjaya – JAWATAN KOSONG DI INSTITUT SUKAN NEGARA ISN

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Boleh juga.. :)

    [Balas]

  4. musi 1st September 2010 3:51 am

    Salam Ramadhan.

    Kebanyakan nya teman pada pos cuba-cuba dan suka-suka. Kalu serius sangat kang lain plak jadinya. Baik baru blajo ni kena buat suka-suka. Tapi kena le jaga etika dan disiplin ber post tu. Pe pandangan tuan Julmazli agaknya.
    TK.
    Artikel terkini daripada musi – BUKAN SEKADAR KEMERDEKAAN

    [Balas]

CommentLuv badge