8 . Aug . 2010

JANGAN Lakukan Perkara Ini Ketika Memikat Wanita

tips kewangan motivasi dan kesihatan

NOTA* Ada pembaca yang merungut bahawa blog ini semakin serius sejak kebelakangan ini. Jadi saya akan cuba nafikan rungutan tersebut. Hehee..

Anda pernah berjumpa untuk janji temu pertama?!

 bagaimana memikat wanita

Kalau pernah, bagus.

Kalau belum, lagi bagus!

Kerana anda bertuah saya turunkan beberapa petua ini sebelum anda melakukan kesalahan awal yang akan menjejaskan peluang anda memenangi hati si dia.

Harus diingat, dia belum mengenali anda dengan rapat. Rasa curiga masih ada dan dia sedang menilai anda dari banyak aspek! Bagi memikat wanita yang cantik dan diidamkan oleh ramai lelaki, anda sepatutnya tidak melakukan perkara-perkara dibawah;

1. Melayan terlalu baik.

[Percuma] - 4 eBook Yang Amat Bermutu!

Wanita tidak sukakan lelaki yang terlalu baik terhadapnya selagi tidak ada apa-apa hubungan. Mereka akan berasa kurang selesa bila anda terlalu mengambil berat terhadap mereka. Jadi, cuba elakkan daripada menjadi lelaki yang terlalu baik diawal pertemuan.

2. Membahasakan pertemuan sebagai “dating”.

Jangan sesekali membahasakan pertemuan anda sebagai “dating” di hadapan wanita. Anda bukan sahaja menunjukkan minat terhadap wanita itu, malah membuatkan wanita itu berasa kurang selesa dengan pertemuan yang dilakukan. Kontrol macho la sikit sahabatku. Hahaa..

3. Memberikan hadiah.

Apa-apa jenis hadiah tidak sepatutnya diberikan kepada wanita pada pertemuan pertemuan awal. Lelaki selalunya memberikan bunga, coklat, teddy bear dan sebagainya tanpa diminta oleh wanita. Mereka ingin menunjukkan rasa suka mereka terhadap wanita dengan cara sebegini. Sebenarnya lelaki jenis ini telah tersilap, wanita cantik tidak perlukan semua ini dari lelaki yang mereka baru kenali. Ingat! Selagi mereka belum betul-betul tertarik kepada anda, elakkan dari memberi hadiah atau sebagainya.

4. Mengajak menonton wayang.

Jangan anggap wanita selesa menonton wayang dengan lelaki yang mereka baru kenali. Mereka juga mungkin akan berasa tidak selamat dengan anda. Walaupun niat anda ingin membuatkan mereka gembira, tetapi masanya tidak sesuai. Anda perlu menggunakan masa tersebut untuk membina kepercayaan dan daya tarikan terhadap diri anda.

P/s Selamat berjaya dengan janji temu pertama anda bersama si dia. icon smile  

pcbanner02

Kami alu-alukan komen anda di bawah dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Koleksi Shawl (Tudung Selendang) Terlaris 2012! <--

Baru pertama kali ke sini? Kami menggalakkan anda menyertai newsletter yang disediakan secara percuma agar anda tidak pernah terlepas perkembangan terkini blog ini. Isikan emel utama anda di bawah dan klik sertai. Nanti kami akan kirimkan emel yang mengandungi 'Link Pengesahan Langganan'. Jangan lupa sahkan ya..

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

CommentLuv badge