eBook Terbaru Daripada John Chow
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Review
SAYA percaya kebanyakan daripada pembaca sudah mengenali John Chow dengan baik. Sedangkan saya yang baru genap setahun jagung di dalam dunia Internet ini pun sudah terdengar nama beliau. Tambah-tambah lagi jika anda berkecimpung di dalam arena blogging. Memang tidak syak lagi meminati beliau.

Seorang pendatang China yang kini menetap di Kanada. Awal usianya penuh dengan pancaroba. Menjalani kehidupan yang amat daif, malah ke Kanada bersama keluarganya tanpa sesen pun di saku. Dunia blogging-lah yang mengubah arah kehidupan mereka. Sebetulnya, blog asal beliau semenjak 1999 atau lebih awal dari itu (saya lupa pula dah adei..) ialah The Tech Zone Dot Com. Sebuah blog yang memperkatakan mengenai dunia teknologi, computer, perkakasan dan review. Sampai kini masih lagi John Chow uruskan dengan baik.
Akan tetapi yang betul-betul menaikkan nama beliau ke persada blogging antarabangsa ialah blog John Chow Dot Com. Asalnya blog ini adalah blog peribadi beliau, tetapi kini mulai bertukar menjadi sebuah jenama. Dikenali ramai dan purata pendapatan bulanan daripada blog ini sahaja ialah USD40 000. Manakala jika dicampur dengan blog lain, ada dinyatakan bahawa John Chow menjana USD500 000 sepanjang tahun 2009 yang lepas. Fuhyoo..
Jadi tujuan post kali ini adalah untuk menguar-uarkan kemunculan eBook terbaru daripada John Chow. Ia sudah diedarkan pun, anda sudah boleh muaturunnya sekarang kalau mahu. Kali ini berjudul – The Ultimate Blog Profit Model. Sungguh mengegarkan sekali tajuknya. Setebal 60 mukasurat. Komprehensif dan amat membantu. Antara kandungan eBook ini ialah;
- Case study blog John Chow Dot Com.
- Kenapa 90% daripada bloggers di serata dunia tidak dapat menjana wang melalui blog mereka. Ada 6 sebab yang beliau bongkarkan.
- 5 asas Ultimate Blog Profit Model yang diterangkan dengan jelas dan terperinci.
- 1 bab bonus – kisah hidup beliau yang sadis itu. Hehee..
Apa yang saya suka mengenai John Chow ini ialah cara beliau menulis. Apa yang beliau lakukan, itulah yang beliau tulis. Beliau tidak menyembunyikan fakta. Cuma samada kita dapat ikuti apa yang beliau gariskan atau tidak sahaja.
Selamat membaca.
P/s Oh.. ya, anda perlu masukkan nama dan alamat emel ke dalam ruang yang disediakan di sana. eBook itu akan dihantar terus ke dalam emel anda selepas pengesahan dilakukan.





Soalan Lazim Yang Ditanya Mengenai PTK | Julmazli Dot Com 11th June 2010 12:04 pm
[...] Mungkin anda terlepas post kelmarin, mengenai eBook percuma daripada pakar blogging bertaraf dunia. Jadi boleh klik sini untuk [...]