Percuma
Percuma Untuk Pembaca Blog Ini..
Ruang ini memang saya khususkan istimewa kepada para pengunjung blog ini. Ada yang menjadi pembaca setia. Ada yang rajin memberi komen. Ada yang menjadi subscriber newsletter saya. Ada yang mengongsikan blog ini dengan orang lain yang penting kepada mereka. Mungkin melalui Facebook, Twitter, Google Plus, emel dan lain-lain saluran.
Itu semua amat-amat saya hargai. Jadi ruangan percuma ini saya sediakan sebagai tanda terima kasih saya. Terdapat banyak perkara percuma di sini. Walaupun percuma tetapi berharga. eBook-eBook yang saya kongsikan bukannya sampah. Saya tidak kongsikan perkara yang sia-sia. Walaupun buat masa ini, hanya eBook sahaja yang dikongsikan tapi InsyaAllah saya akan pelbagaikan nanti termasuklah plugin, software atau sebagainya.
1. Pertama sekali, sudah tentulah eBook tulisan saya yang berjudul 15 Keajaiban Penjimatan. Ia saya nukilkan untuk mereka yang suka pada topik kewangan dan ingin memperbaiki lagi kemahiran pengurusan kewangan peribadi. Mudah-mudahan ia bermanfaat kepada anda. Ini wajib anda download!

2. Artikel anda tidak mendapat kedudukan yang baik di enjin carian? Sukar menarik perhatian pelawat? Mencari cara bagaimana meningkatkan mutu penulisan blog anda? Sila baca eBook yang membincangkan panduan bagaimana mencipta artikel menambat perhatian yang akan mendapat kedudukan tertinggi di enjin carian yang ditulis oleh Brian Clark. Siapa lagi kalau bukan pemilik Copyblogger itu. Memang blogger pakar dan menjana pendapatan tinggi hasil blogging.

3. Masalah yang biasa dihadapai kebanyakan blogger ialah bagaimana untuk mengalakkan pembaca meninggalkan komen. Bagaimana cara untuk meningkatkan jumlah komen sedia ada yang diterima di blog anda ke angka yang lebih menarik? Pasti eBook rahsia mendapatkan komen blog tulisan John Chow ini sesuatu yang memberikan anda kaedah baharu!

4. Bagaimana memulakan perniagaan Internet dan menghasilkan Rm1 000 pertama secara online daripada Yaro Starak adalah sebuah eBook yang tebal (51 mukasurat) dan mengupas dengan teliti apakah yang anda perlukan dalam membina bisnes online anda. Sebenarnya Yaro adalah seorang blogger profesional yang menjana 6 angka setahun, jadi buang anggapan anda bahawa buku ini mengenai bisnes affiliate atau lain-lain. Kerana ia adalah tentang membina enpayar blog.

Jangan lupa kongsikan ruang percuma ini dengan mereka yang lain ya. Enjoy!





