13 . Aug . 2010

Domain Name Extension Yang Sesuai Untuk Anda

tips kewangan motivasi dan kesihatan

NOTA* Ramai orang yang main hentam keromo sahaja semasa memilih extension nama domain. Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik .com, .my, .net dan sebagainya itu??

Ada pelbagai variasi nama domain yang berakhir dengan .com, .org, .net dan .com.my. Selain daripada itu, ada lagi yang lain seperti .info, .biz, .name dan .tv.

domain name extension

Apakah maksud semua itu? .com, .net dan lain-lain itu dipanggil sebagai “domain name extension”. Tidak ada beza yang ketara untuk penggunaan extension-extension (sambungan) tersebut. Salah satu tujuan diwujudkan extension yang pelbagai itu ialah untuk kesesuaian penggunaan laman web yang dibina.

Sebagai contoh, yahoo.com menggunakan .com (ringkasan bagi Commercial) kerana ia adalah sebuah laman web bisnes dan lebih mengutamakan perniagaan. Manakala .org (ringkasan bagi organization) pula lebih sesuai digunakan oleh organisasi bebas (NGO), persatuan, kelab dan sebagainya.

Bukan SATU Tapi EMPAT eBook Percuma!

Untuk .net (ringkasan bagi networks) pula, ia biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan komputer, IT dan Internet. Begitulah seterusnya seperti .info (informational) dan .biz (businesses).

Mungkin anda bertanya, bagaimana pula dengan .com.my? Jika anda mahu mendapatkan nama domain dengan sambungan .com.my tersebut, anda perlu mempunyai sebuah perniagaan yang berdaftar. Jadi, .com.my memberikan kefahaman bahawa laman web itu milik sebuah perniagaan yang berdaftar di Malaysia (my).

your domain name extension

Setiap negara mempunyai sambungan (extension) yang tersendiri seperti .jp untuk Jepun, .us untuk United States, .sg untuk Singapura, .bn untuk Brunei, .id untuk Indonesia dan .uk untuk United Kingdom. Salah satu tujuan penggunaan extension negara ini ialah laman web itu biasanya perniagaan itu mahu fokus kepada pasaran tempatan iaitu untuk penduduk di negara tersebut.

Apa yang perlu anda tahu ialah, “apakah extension yang sesuai digunakan?”. Untuk menjawab persoalan ini, anda perlu tahu “apakah tujuan laman web anda nanti?”. Jika untuk bisnes, mungkin .com atau .biz sesuai digunakan. Jika untuk komuniti atau kelab, mungkin boleh menggunakan .net dan jika untuk berkongsi pengetahuan secara percuma, .info adalah lebih sesuai.

P/s Jadi anda patut lebih berhati-hati semasa memilih extension anda lain kali ya..

Sila tinggalkan komen di bawah dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Jemput Melawat Kedai Barangan Muslimah Kami <--

Tidak mahu terlepas post terkini? Kami akan ingatkan anda melalui emel! Masukkan alamat emel anda di bawah dan klik hantar. Jangan lupa periksa emel anda dan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami kirimkan. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

5 Komen Untuk – Domain Name Extension Yang Sesuai Untuk Anda
  1. redfar 13th August 2010 7:02 am

    ramai yang masih tak tahu tentang penggunaan nama domain extension ni.. hehe..
    terima kasih di atas perkongsian ini.. :D
    Artikel terkini daripada redfar – Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Itulah, saya dapati agak ramai yang agak kabur berkenaan hal ini. Walaupun ini bukanlah ‘big deal’ tetapi mengetahuinya tidak membuatkan kita rugi malah kelihatan lebih profesional dan mencerminkan kemahiran anda.. :)

    [Balas]

  2. [...] This post was mentioned on Twitter by Yiedpozi, Julmazli Dot Com. Julmazli Dot Com said: Apakah 'Domain Name Extension' Yang Sesuai Untuk Domain Anda?! http://ur1.ca/13qvo [...]

  3. info kerjaya 13th August 2010 5:54 pm

    ni yang malas masuk julmazli dot com ni.
    lagi2 info yang terbaik dari ladang, tq en. jul.. hehe
    Artikel terkini daripada info kerjaya – JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA KEJORA

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Hehehe.. Terima kasih bro.
    Selamat menunaikan ibadah puasa dari saya. :)

    [Balas]

CommentLuv badge