28 . Jun . 2010

Cabaran Review dan Menangi Hadiah Wang Tunai

tips kewangan motivasi dan kesihatan

BLOG ini mengadakan cabaran review dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada para pemenang. Ia diadakan secara terbuka. Kepada pemilik blog yang menggunakan domain sendiri adalah dialu-alukan, bagaimanapun pengguna blogspot.com, wordpress.com dan typepad.com juga tiada masalah. Anda juga dipelawa menyertainya.

cabaran review 300x225

Berikut adalah syarat penyertaan;

1- Blog anda mempunyai sekurang-kurangnya 10 post dan sudah berusia lebih 1 bulan.

2- Review mesti original iaitu tulisan anda sendiri dan tidak ditiru dari mana-mana.

3- Review mengandungi 1 link ke http://keajaibanpenjimatan.com/blog dengan anchor text ‘Julmazli Dot Com’.

4- Review Mengandungi 1 link pautan ke peraturan cabaran ini.

5- Panjang review sekurang-kurangnya 180 patah perkataan (lebih kurang 3 perenggan pendek sahaja). Lebih panjang, lebih bagus.

6- Tiada had penyertaan, katakan anda memiliki 7 blog maka boleh gunakan kesemua blog anda untuk menyertai cabaran ini. Asalkan menggunakan artikel review yang berlainan.

Sesudah review tersebut diterbitkan di blog anda, letakkan link review anda di ruangan komen di bawah untuk kami semak.

Keputusan akan diumumkan pada 27 Julai 2010 nanti di dalam satu post lain di blog ini bertajuk ‘Senarai pemenang cabaran review’. Bayaran hadiah wang tunai akan dilakukan menggunakan fund transfer melalui Maybank2u atau CIMBClicks. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan!

Muaturun Beberapa eBook Di Ruangan Percuma Kami!

Tempat Pertama          – Rm100

Tempat kedua             – Rm70

Tempat ketiga             – Rm30

Dan..

5 penerima saguhati berupa sebuah eBook berbayar.

 

Ini adalah contoh review: -

Kini blog tumbuh dengan begitu banyak, malah lebih pantas daripada cendawan yang tumbuh selepas hujan. Boleh dikatakan hampir setiap minit akan nada saja blog baru dihasilkan. Dianggarkan lebih 130 juta blog terdapat pada masa ini. ini tentu sekali termasuk kita di Malaysia. Pelbagai niche ada. Daripada hiburan, perniagaan, politik sehinggalah kepada blog peribadi.

Antara sekian banyak blog tersebut, saya agak tertarik dengan blog Julmazli Dot Com. Sebuah blog yang santai, ringkas dan bersahaja. Gaya penulisan di blog ini pelbagai. Ada ketikanya cukup-cukup ringkas hingga saya terngaga membacanya. Seolah tiada apa mesej yang tersirat. Tapi ada masanya, membawakan tema yang berat seperti kisah perjuangan dan keagamaan. Selain itu, sesekali artikel motivasi diketengahkan bertujuan membawa pembaca agar lebih bersemangat dan yakin menempuhi masa depan. Pendek kata, macam-macam ada.

Bagaimanapun, oleh kerana pemilik blog ini iaitu saudara Julmazli Dempollok adalah seorang usahawan Internet separuh masa. Maka tidak hairanlah jika kebanyakan daripada post-post yang diterbitkan berkait rapat dengan perniagaan online. Seperti pemasaran emel, SEO, affiliate dan macam-macam lagi.

Ha.. Kebetulan pula ketika saya menulis artikel ini, blog itu sedang mengadakan satu cabaran review. Hadiah yang ditawarkan pun agak menarik juga. Kalau anda mahu menyertainya, jangan lupa baca peraturan ini dahulu ya. Takut tak menepati kehendak pengajur pula nanti. Tapi bukan rugi apa pun, setakat tulis dan post saja. Cubalah. Mana tahu rezeki.

P/s Selain contoh di atas, anda juga boleh lihat review ini dan ini sebagai rujukan.

Diharap anda beroleh sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Mencari Tudung Bawal, Thai Silk Dan Awning Paling Cantik? <--

Mungkin ini adalah kali terakhir anda ke sini. Jadi sebelum meninggalkan blog ini, sertailah komuniti pembaca kami. Anda akan selalu dikirimkan dengan artikel terbaru dan tidak akan pernah ketinggalan. Isikan emel anda di bawah dan jangan lupa sahkan 'Link Pengesahan Langganan' yang dihantar..

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

36 Komen Untuk – Cabaran Review dan Menangi Hadiah Wang Tunai
  1. info kerjaya 28th June 2010 7:24 am

    salam tuan julmazli .. saya akan join review ni
    dengan harapan dapat no 1 … hahaha
    Artikel terkini daripada info kerjaya – JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wkslm..
    Silakan. InsyaAllah kalau rezeki pasti tidak kemana. :)

    [Balas]

    info kerjaya Reply:

    ok tengah usha .. nengok2 apa yang menarik kat blog ni..
    kenapa link kat bahgian Kategori tak dapat akses
    Artikel terkini daripada info kerjaya – JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Itulah dia. Saya sendiri kurang pasti hal tersebut. Bagaimanapun nanti saya akan cuba dapatkan tunjuk ajar daripada sifu Smartzul nanti.

    [Balas]

  2. redfar 28th June 2010 7:49 am

    wah!!! akhirnya.. hehe.. saya leh join x? pengguna wordpress.com jer.. hurmm..
    Artikel terkini daripada redfar – Musuh Kejayaan-

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Boleh bro Farid.. :)
    Asalkan memenuhi syarat no 1.

    [Balas]

    redfar Reply:

    dlm tempoh tu leh ker tmbah post.. xselalu berblogging ni.. hehe..
    Artikel terkini daripada redfar – Musuh Kejayaan-

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Boleh tambah post. Tiada masalah.. :)

    [Balas]

    redfar Reply:

    baiklah.. hehe..
    Artikel terkini daripada redfar – Musuh Kejayaan-

    [Balas]

  3. tokbatin 28th June 2010 8:46 am

    Alhamdulillah, ini merupakan satu strategi perniagaan dan kaedah mudah untuk kita saling merapatkan ukhuwah sesama kita. Saya akan berusaha untuk menyertainya tapi bukan ganjaran wang yang menjadi utama matlamatnya. Saya suka untuk berkongsi sedikit idea dan pandangan dengan orang lain itu sahaja. Mungkin maklumat tersebut ramai yang dah tahu tapi tiada masalah dapatlah kita saling mengingatinya semula dan mengamalkan yang mana patut :) . Blog saya bukanlah seperti blog Tuan Jumazli yang serba serbinya ada kerana saya ni insan biasa yang tak pandai nak berkata-kata indah laksana pujangga. Terima kasih kerana idea yang sangat hebat ini.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Terkedu saya membacanya tokbatin. Terima kasih kerana tidak jemu meninggalkan komen di blog yang tidak sepertinya ini.
    Terima kasih juga di atas sokongan tokbatin yang tidak berbelah bagi selama ini. Saya amat-amat menghargainya. Terima kasih.. :)

    [Balas]

  4. nordin 30th June 2010 4:48 am

    Boss saya akan join review ni.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Silakan boss.. :)
    Kemudian letakkan link review tersebut di bahagian komen ini ya untuk kami semak.

    [Balas]

  5. Elya 1st July 2010 9:51 am

    Salam Saudara Julmazli :)

    bile ye tarikh tutup cabaran ni?

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wkslm wbt..
    Tarikh tutup ialah pada 26 Julai 2010.

    P/s Selain di ruangan komen ini, boleh juga hantarkan link review yang sudah diterbitkan di blog anda itu kepada kami melalui borang ‘hubungi saya’ di atas ya.. :)

    [Balas]

  6. redfar 21st July 2010 4:43 pm

    Bro julmazli, saya sudah post sesuatu di blog mengenai contest ini..
    Boleh lihat di link ini http://mohdfarid.wordpress.com/2010/07/21/blog-yang-selalu-saya-suka-tengok/
    Artikel terkini daripada redfar – Kehancuran Program Reseller

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Ok bro.. :)

    [Balas]

  7. [...] ketahui, blog ini sedang menganjurkan satu cabaran review. Ia terbuka kepada semua. Sila rujuk entri cabaran di sini untuk syarat penyertaan dan contoh review.  Subscribe to Julmazli Dot Com by [...]

  8. ilhamputra 28th July 2010 5:29 am

    saya pun rasa dan join la.hadiah memang best.nantikan review dari saya
    Artikel terkini daripada ilhamputra – Panduan Bina Blog Menggunakan Blogger

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Saya nantikan penyertaan bro..
    P/s Semoga berjaya.. :)

    [Balas]

  9. Fazli 28th July 2010 3:27 pm

    tajuk tak kisah ke letak apa pun?

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Tak apa bro. Apa-apa tajuk yang bersesuaian boleh diterima. Ini untuk memberi kelonggaran dan tidak menyekat kreativiti para peserta.. :)

    [Balas]

  10. razis 29th July 2010 12:44 am

    ini die review penyertaan sy dalam peraduan ini yer:

    Artikel terkini daripada razis – Social Network Terbaru- Madinacom

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Terima kasih atas penyertaan. :)

    [Balas]

  11. mohd 29th July 2010 7:37 am

    Persembahan tuan julmazli selamanya pasti menghiburkan hati, minda dan suasana kepada setiap pembaca. Meliputi semua aspek fizikal dan spiritual, memang saya puji. Saya kagum kepada usaha ini yang bermatlamat dan bermesej ke arah warga kelas pertama. Wassalam.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Terima kasih tuan. :)
    Saya hanya salah seorang dari jutaan warga Malaysia yang merindukan suasana negara yang lebih baik dan mampan.
    P/s Saya persilakan tuan menyertai pertandingan review ini di blog tuan..

    [Balas]

  12. Faris Rashid 29th July 2010 3:38 pm

    gle cambes…duit rye ni…he…
    pape pon, esok 30 Julai adlh besday aku…he… :)
    Artikel terkini daripada Faris Rashid – ShareCash Payment Has Arrived!!!

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Selamat menyambut harijadi.. :)
    Tuan jemput menyertainya..

    [Balas]

  13. Faris Rashid 29th July 2010 3:44 pm

    insyallah…ade kesempatan, sy akan sertai pertandingan Tn. Julmazli tu ;) …pape pon, thx for the wish! he.. :)
    Artikel terkini daripada Faris Rashid – Make Money By Testing Websites!!!

    [Balas]

  14. hanafi 8th August 2010 1:29 am

    Salam,

    ni review dr sy…
    http://hanafiawang.com/blog-review/blog-review-dimana-dunia-online-dan-offline-bertemu
    Artikel terkini daripada hanafi – Blog Review- Dimana Dunia Online dan Offline Bertemu

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Terima kasih tuan Hanafi atas penyertaan.
    Saya akan menyemaknya. :)

    [Balas]

  15. bluedianthus 26th August 2010 3:58 pm

    Dua minit sebelum berakhir 26hb Ogos ni
    Maaflah saya terlambat mengetahui cabaran review ini.
    http://www.bluedianthus.com/2010/08/review-khas-satu-lagi-blog-yang-patut.html
    Artikel terkini daripada bluedianthus – Kedai Online Sendiri pada harga mampu milik!

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    OK.. Masuk. Hehehe..
    InsyaAllah keputusan akan diumumkan sehari dua ini. Tunggu ya.. :)

    [Balas]

  16. siti 31st August 2010 10:17 am

    mohon copy gambar hadiah yg menarik, boleh ka?

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Boleh. Silakan.. :)

    [Balas]

CommentLuv badge