Benarkah Perniagaan Internet Itu Merupakan Penipuan Semata?
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Info
SAYA sebenarnya tidak tahu dari mana asal mula anggapan seperti ini wujud. Barangkali dari mereka yang pernah kehilangan puluhan ribu di dalam pelaburan Internet. Atau barangkali dari mereka yang pernah terpesona dengan HYIP, Swisscash, E-Barrel atau ABFund dan lain-lain skim cepat kaya..

Siapa yang tidak tergoda? Kalau hanya perlu labur sedikit wang, goyang kaki dan cukup bulan - tingg! Wang berkoyan mencurah masuk ke dalam akaun. Kalau mahu lebih banyak untung? Mudah! ajak kawan ramai-ramai melabur sekali. Banyaklah komisyennya. Kalaulah demikian, betapa senangnya hidup ini.
Seperti biasa, langit tak selalu cerah. Apabila susunan skim ini runtuh, mereka boleh ucapkan selamat tinggal pada kenangan. Tapi bagaimana kita hendak menghindarkan diri daripada terjebak dengan hal-hal seperti ini?
Di bawah ada dua jalan keluar terbaik disediakan;
Pertama; Gunakanlah Internet dengan betul.
Seperti kebanyakan benda lain, umpamanya pistol, gergaji, kenderaan atau pisau. Anda boleh gunakan pisau untuk membunuh, atau gunakannya untuk memotong sayuran buat hidangan keluarga anda. Internet tidak bersalah dan ia bergantung kepada si pemakainya.
Skim itu juga hanya bersalah sebahagian. Manakala sebahagian lagi kesalahan adalah atas silap mereka sendiri. Mereka yang tidak mahu mempelajari Internet dengan sebaiknya. Mereka fikir Internet itu perkara ajaib yang boleh memakbulkan segala keinginan tanpa berusaha. Bak kata para usahawan Internet handalan – ia hanya merupakan sebuah medium dan sejenis kemudahan sahaja.
Kedua; Tambahkan pengetahuan dan kenalilah Internet dengan baik.
Ketahui perbezaan di antara program pelaburan dan perniagaan Internet sebenar. Bacalah dan dengarlah. Baca daripada rujukan, web, ezine, newsletter dan eBook. Dengarlah daripada mereka yang mahir dan sudah terbukti kejayaannya. Elakkan mendengar khabar-khabar angin atau desas desus yang belum ternyata kesahihannya. Anda Cuma mengambil risiko yang tinggi dengan berbuat demikian.
P/s Pelaburan terbaik yang tidak mungkin satu penipuan dan tidak mungkin merugikan modal anda ialah ‘pelaburan ilmu’. Pasti untung!!





Hidup Seorang Blogger 14th August 2010 7:51 am
tidak dinafikan internet merupakan satu lagi platform untuk penipuan berlaku.. tetapi tidak semua yang ada diinternet itu tipu.. kena kaji selidik la dahulu..
Artikel terkini daripada Hidup Seorang Blogger – Hidup Seorang Blogger
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
August 15th, 2010 at 1:56 pm
Benar bro. Dari satu sudut yang lain, Internet memudahkan penipuan untuk dilakukan.
[Balas]
musi 3rd September 2010 10:08 pm
Salam.
Umumnya kena tipu muslihat, sebab kita tak dak ilmu. Ilmu memandu kita menimbang , menganalisis , mencerakin , mentafsir , mebeza dan membanding. Ia juga mencari contoh dan bisa menstudi pengalaman. Eleman-elemen ilmu ini akan membuka minda kita untuk mengambil keputusan yang benar dan hak. Penipuan sentiasa berlegar mencari mangsanya, bukan di internet saja. Supaya kita mengambil persiapan untuk membentengi langkah dan keputusan kita berteraskan ilmu.
Sesiapa yang memilih program atau skim berunsur tipuan, subahah, riba dan sebagainya, itu kelemahan diri kerana tidak tahu memilih dan tak mahir mengkaji kesahihannya. Untuk menjadi tahu, belajarlah seperti kata Tuan Julmazli tu, melabur ilmu tidak rugi dan tak tertipu. Internet adalah media yang tetap bagus seperti senjata yang tajam dan lengkap, pengguna mesti bijak bistari.
Wassalam.
Artikel terkini daripada musi – Keluarga Sihat Anda Bahagia
[Balas]