Penulis

tips kewangan motivasi dan kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sudah klik di sini pasti mahu tahu mengenai saya la ni. Hehee..

blog julmazli dot com

(Selamat berkenalan.. icon smile )

Nama saya Julmazli Dempollok. Saya berasal daripada Pitas. Tiada apa yang istimewa pun. Kalau di dunia online, saya seorang usahawan Internet mentah dan blogger baru. Kalau di dunia offline pula, saya merupakan seorang penjawat awam biasa dan penulis buku kewangan.

buku kewangan

(Inilah dia kedua-dua buah buku kewangan hasil tulisan saya tu.. )

Blog yang anda sedang  tatap ini adalah blog pertama saya yang menggunakan domain dan hosting berbayar sendiri. Jadi saya amat-amat menyayanginya. Saya andaikannya sebagai harta online saya yang paling berharga. Segala luahan hati saya di sini. Segala perkongsian info saya di sini. Segala pandangan peribadi saya juga di sini. Apa-apa yang saya rasakan bermanfaat buat pembaca terutamanya anda saya kongsikan di sini.

Skop blog ini tidak saya sempitkan kepada perbincangan hal-hal kewangan sahaja (walaupun ini memang menjadi minat utama saya). Saya lebarluaskan ia ke skop semasa, kesihatan, perniagaan Internet dan banyak lagi. Di samping itu juga blog ini menyediakan ruang pengiklanan kepada anda yang merasakan capaian pembaca blog ini sesuai dengan target pasaran anda.

Kalau mahu lepak bersama saya di Facebook boleh juga. Saya juga forumer separa aktif di wangcyber. Oh.. ya, Twitter? Ya.. saya juga ada di Twitter.

Untuk pengetahuan anda, saya mengintegrasikan blog ini dengan akaun Facebook dan Twitter saya. Jika anda mahu mengikuti perkembangan semasa blog ini, maka pastikan anda add saya di Facebook atau follow saya di Twitter. Saya akan update post, artikel, tip, petua dan tulisan terkini di blog ini terus  ke sana. Anda tidak akan ketinggalan daripada mengetahuinya. Saya berikan jaminan.

Saya faham ada di antara anda yang tidak suka laman sosial, jadi saya juga menyediakan kemudahan lain buat anda. Anda lebih gemarkan emel sebagai alat utama perhubungan online anda? Bagus kalau begitu, kerana anda juga boleh mendapatkan artikel terbaru daripada blog ini terus ke dalam emel anda dengan memasukkan emel anda di sini. Kalau kurang pasti bagaimana caranya, saya ada menyediakan artikel ini sebagai rujukan anda.

Rasanya itu saja dulu buat sementara ini. Kalau ada yang anda mahu tahu tapi belum ada dinyatakan di sini. Tiada masalah, anda boleh hubungi saya pada bila-bila masa. Saya akan menjawabnya..

 

Jangan lupa selalu melawat di sini ya,

julmazli dot com

- Julmazli Dempollok -