19 . Aug . 2010

5 Cara Buat Duit Dengan Produk PLR

tips kewangan motivasi dan kesihatan

INI topik yang amat digemari ramai.. Siapa yang tak nak duit kan? Saya akan kongsikan 5 teknik yang boleh anda praktikkan untuk menjana duit di Internet dengan menggunakan produk PLR – lima teknik buat duit dengan produk PLR! Sebahagian teknik ini telah dipraktikkan oleh usahawan internet yang menjadikan produk PLR sebagai bidang / niche mereka dan ianya terbukti berkesan!

5 cara buat duit dengan produk plr

Teknik #1 Jual Semula

Produk PLR sememangnya boleh dijual semula samada mengikut harga yang anda tetapkan ataupun tertakluk pada harga minima yang ditetapkan. Untuk menjadikan produk PLR lebih laris, ubahsuai ecover dan web jualan yang disediakan kepada rekabentuk yang lebih menawan dan mengancam. Ini akan menarik lebih ramai orang mereview produk anda dan akhirnya mungkin menjadi pembeli. Anda perlu kreatif mengubahsuai produk PLR anda.

Teknik #2 Bonus untuk produk premier

Jika anda sedang memasarkan produk premier anda sendiri, jangan lupa untuk jadikan produk PLR sebagai bonus untuk pembelian produk premier anda itu. Ramai yang membeli kerana tertarik dengan bonus yang ditawarkan. Dengan kelebihan yang dimiliki produk PLR, bonus anda kelihatan amat bernilai untuk dilepaskan…akhirnya, pembelian pun dilaksanakan.

Teknik #3 Bonus untuk affiliate

Jika anda menyertai program affiliate, anda boleh gunakan produk PLR sebagai bonus percuma untuk pembeli yang membeli melalui link anda. Bayangkan di luar sana ada beratus – ratus orang yang mempromosikan produk yang sama melalui affiliate dan anda mungkin tenggelam sehingga gagal menghasilkan jualan. Untuk keluar dari situasi ini, produk PLR boleh menjadi penyelamat. Orang ramai akan berminat membeli melalui link anda jika anda menawarkan bonus untuk mereka. Disinilah kegunaan produk PLR. Dengan bonus yang berkualiti, jualan pasti tinggi dan anda pun bolehlah tersenyum riang setiap hari.

Muaturun Beberapa eBook Di Ruangan Percuma Kami!

Teknik #4 Produk terbaru anda

Ini merupakan satu trik untuk menghasilkan banyak ebook dalam setahun. Oleh sebab produk PLR dapat diubahsuai dan diletakkan nama anda sebagai penulisnya, maka orang ramai akan beranggapan anda mempunyai produk terbaru dan belum ada dipasaran. Untuk ini, sekali lagi saya ingatkan anda agar mengubahsuai produk PLR tersebut sehingga sekurang – kurangnya 80% berbeza daripada yang asli. Jika anda menghasilkan banyak produk, maka peluang anda untuk mengaut keuntungan banyak juga adalah luas. Bayangkan satu laman web anda mencatatkan keuntungan RM100 setiap bulan dan jika anda memiliki 5 buah laman web maka keuntungan anda sebulan ialah RM500! Tanpa perlu bingung mencipta produk sendiri!

Teknik #5 Kuasai pasaran tempatan

Terjemahkan produk PLR ke dalam Bahasa Malaysia dan kuasai pasaran tempatan. Permintaan terhadap ebook informasi dalam bahasa Malaysia amat tinggi kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang agak ‘lemah’ disamping penerangan dalam Bahasa Malaysia lebih mudah difahami. Eksploitasikan produk PLR dan bina empayar perniagaan internet anda di pasaran tempatan!

 

Nota* Saya tidak mahu berlaku kurang adil kepada anda dengan tidak memberikan penafian kepada cara buat duit melalui produk PLR yang saya gariskan di atas. Secara teorinya ia kelihatan boleh dilakukan, namun harus diingat bahawasanya keuntungan dan jumlah jualan anda amat bergantung kepada banyak faktor lain yang terlibat sama seperti kualiti produk PLR, permintaan pasaran, kemahiran promosi dan banyak lagi. Ia tidak semudah yang saya ceritakan di atas. Saya harap anda memahaminya dan tidak beranggapan bahawa saya terlalu melebihkan cerita mengenai produk jenis PLR ini.

 

P/s Saya ada menjual beberapa produk PLR berbahasa Melayu yang baik. Kadar harganya di antara RM5 hingga RM25. Bergantung kepada kelengkapan yang disediakan bersama. Jika anda berminat boleh hubungi saya menggunakan borang ini untuk perbincangan dan maklumat lanjut. 

Diharapkan anda mendapat manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Membeli Belah Barangan Wanita Secara Online <--

Mahu sentiasa mengetahui post terkini kami? Kalau begitu, kami akan hantarkan melalui emel! Masukkan emel anda di bawah dan klik hantar. Nanti jangan lupa periksa inbox emel anda dan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami hantarkan. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

2 Komen Untuk – 5 Cara Buat Duit Dengan Produk PLR
  1. [...] anda tidak tahu bagaimana menggunakan hadiah berlesen PLR ini, sila rujuk artikel ini dan anda pasti akan mendapat idea dengan serta [...]

  2. Team Terabiz 18th November 2010 11:21 pm

    Terima kasih atas info yang menarik tentang produk PLR ini.

    Namun perlu dilihat juga tentang lesen yang diberikan, ada lesen tidak membenarkan produk PLR di translate dan memang produk PLR tidak dibenarkan untuk ditranslate hanya produk MRR sahaja yang dibenarkan

    [Balas]

CommentLuv badge